Berita

Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Bersama-sama

PUTRAJAYA – Sepakat membawa berkat sebagaimana yang dimanifestasi dalam komuniti UMNO Bahagian Putrajaya dengan mengadakan majlis sambutan ulang tahun kelahiran warga tempatan beramai-ramai. Suasana harmoni ini diaplikasi oleh Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selaku Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya dalam meraikan hari lahir para penduduk dengan majlis ramah mesra. Majlis tersebut telah dihadiri sekitar 800 orang yang diadakan di Dewan Kementerian Wilayah, Menara Wilayah pada 9 Oktober 2013. Turut bersama-sama beliau ialah isterinya, Datin Seri Anggeriani Sentiyaki.

IMG-20131010-WA0002-a

IMG-20131010-WA0003-c

IMG-20131010-WA0004-b