Berita

Selamat Bersidang Perwakilan Sayap UMNO Putrajaya

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengucapkan Selamat Bersidang kepada para perwakilan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO yang bakal menunaikan tanggungjawab sebagai ahli UMNO dalam persidangan peringakt bahagian Sabtu, 12 Oktober 2013.

Katanya, para perwakilan tentulah memahami amanah yang terpikul dengan memilih pemimpin yang benar-benar dapat melaksanakan tanggungjawab untuk mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat agama, bangsa dan negara.

“Kepada para perwakilan inilah masa terbaik untuk menentukan kepimpinan masa hadapan bagi menerajui parti dengan menggunakan pertimbangan kewarasan akal fikiran tanpa memikirkan agenda peribadi atau ada matlamat lain,” katanya yang juga Setiausaha Agung UMNO.