Ucapan

Tahniah Pergerakan Sayap Putrajaya, Salam Aidiladha

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT kerana atas kurnia-Nya maka segala perancangan kita untuk menunaikan tanggungjawab terhadap parti keramat UMNO berlangsung lancar. Persidangan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO dapat disempurnakan dalam suasana kekeluargaan.

Inilah nilai yang perlu sentiasa disematkan, dalam menyelami perjuangan parti maka keharmonian dan jalinan yang rapuh tidak akan membawa kepada perpaduan yang teguh kerana hanya muafakat yang ikhlas akan membawa berkat.

Dalam pada itu kita akan meraikan sambutan Aidiladha yang juga perlu kita selami nilai yang terkandung di dalamnya. Perjuangan dan pengorbanan tanpa memikirkan latar belakang, pangkat dan kedudukan kerana sesungguhnya perintah Allah SWT adalah yang utama.

Justeru, marilah kita bersama-sama mengratkan silaturrahim dengan menunaikan ibadah korban bersama-sama saya. Semoga amalan yang kita lakukan ini akan sentiasa mendapat keberkatan dari-Nya. Allahuakhbar!

TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR
Ahli Parlimen/Ketua UMNO Bahagian Putrajaya