Berita

Majlis Korban Perdana Putrajaya Perteguh Muafakat

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersama-sama warga tempatan menunaikan ibadah korban dan menyempurnakan kerja-kerja melapah daging lembu pada Majlis Korban Perdana Putrajaya bersempena dengan sambutan Aidiladha tahun ini.

Majlis tersebut telah berlangsung dengan jayanya di Surau Al-Furqan di sini pada 15 Oktober 2013 membabitkan sebanyak 36 ekor lembu untuk diagihkan kepada warga Putrajaya. Selain itu beliau turut menyumbangkan 46 ekor lembu untuk melaksanakan ibadah korban mewakili cawangan UMNO sekitar Putrajaya. Beliau berharap ibadah korban ini akan dihayati bukan sahaja dalam menginsafi nilai perjuangan dan pengorbanan yang terkandung di dalamnya malah mengaplikasikan juga semangat kerjasama dan keharmonian dalam masyarakat.

DSCN6851

DSCN6867

DSCN6882