Berita

Majlis Konvokesyen Taska Kemas Parlimen Putrajaya 2013

PUTRAJAYA – Pendidikan awal kanak-kanak adalah permulaan kepada masa hadapan mereka untuk menghadapi pembelajaran untuk masa hadapan. Atas kesedaran bahawa proses pembesaran anak-anak adalah bermula dengan pendidikan awal maka pengiktirafan ke atas apa yang mereka laksanakan sentiasa dibuat sebagaimana Majlis Kovokesyen Taska Kemas Parlimen Putrajaya 2013 yang diadakan pada 26 Oktober 2013 (Sabtu) bertempat di Dewan Serbaguna, Aras B1, Menara KKLW.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh isteri kepada Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datin Seri Anggriani Sentiyaki. Dalam ucapannya beliau berharap agar anak-anak kecil ini dapat mengadaptasikan pembelajaran peringkat awal untuk memasuki alam persekolan sebenar kelak.

DSCN7209

DSCN7249

DSCN7260