Majlis Penyerahan Tiket Kepada Wakil UMNO Putrajaya Ke Kemboja
PUTRAJAYA – Keprihatinan dalam member bantuan bukan hanya kepada masyarakat tempatan tetapi ia turut melangkau sempadan antarabangsa sebagaimana UMNO Bahagian tempatan melaksanakan perancangan menyampaikan sendiri sumbangan kepada saudara Islam di Kemboja. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen dan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada 30 Oktober 2013 bertempat di Dewan Serbaguna Menara Seri Wilayah.
Dalam majlis tersebut, penyerahan barangan dan tiket utk 51 wakil dari UMNO Putajaya ke Kemboja untuk menyampaikan sumbangan dan bantuan seperti telekung dan sejadah untuk umat Islam disana. Semoga amal dan niat ikhlas masyarakat Putrajaya untuk membantu golongan yang memerlukan mendapat keberkatan dari-Nya.
You must be logged in to post a comment.