Berita

Sambutan Hari Lahir Beramai-ramai Terjemah Kesejahteraan Warga Putrajaya

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersama isteri, Datin Seri Anggriani Sentiyaki meraikan para pengundi Putrajaya dalam majlis ulang tahun beramai-ramai yang disambut meriah dengan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat dari pelbagai bangsa dan peringkat usia berbeza.

Sudah menjadi kebiasaan kepada pemimpin tempatan Putrajaya yang juga Ketua UMNO Bahagian untuk meraikan sambutan hari lahir beramai-ramai yang kali ini membabitkan para pengundi di Presint 14, 15 dan 16. Majlis tersebut diadakan di Dewan Serbaguna Kementerian Wilayah Persekutuan pada 6 November 2013 dengan ikatan akrab antara pemimpin dan warga tempatan. Semoga dengan kelangsungan majlis ulang tahun beramai-ramai ini, kemurnian dan kesejahteraan masyarakat di Putrajaya terus terpelihara.

IMG-20131106-WA0004

IMG-20131106-WA0005

IMG-20131106-WA0007

IMG-20131106-WA0008