Berita

UMNO Putrajaya Capai Misi Kemanusiaan Di Kemboja

PUTRAJAYA – Detik 7hb November lalu menjadi saksi rombongan 51 orang ahli UMNO Putrajaya yang terdiri daripada Ketua Pemuda UMNO Cawangan dan beberapa orang Ketua Cawangan yang dipilih mewakili Menteri Wilayah Persekutuan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ke Kemboja. Misi yang diketuai oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Putrajaya iaitu Saudara Ahmad Faisal Abdul Karim meniti sebuah perjalanan yang sangat menyentuh hati.

Rombongan yang terbang ke Kemboja ini membawa matlamat penting dalam misi membantu umat Islam di sana. Jika hendak dikongsikan pengalaman penulis sama sekali berbeza dengan realiti sebenar. Tetapi moral yang penulis belajar adalah tahap kesabaran serta kesungguhan ummat Islam di Kemboja dan bertapa bersyukur nya penulis pada nikmat Allah SWT yang tidak terhingga.

Dua buah kampung Islam yang rombongan pergi adalah ke Kampung Chyar Chewar dan kampung Luong Commune. Ini antara perkampungan Islam dan ada lagi perkampungan kecil Islam yang lain, disebabkan kumpulan Islam di sini adalah minoriti jadi mereka hidup dalam keadaan yang sangat daif dan berpecah belah tetapi melihatkan suasana dan fasiliti yang ada di sini, mereka ketinggalan jau

h berpuluh tahun berbanding negara kita Malaysia. Agama rasmi di Kemboja adalah Buddha tetapi semua agama bebas melakukan dan mengamalkan upacara keagamaan masing-masing dengan budaya dan saling hormat menghormati sesama mereka.

Lokasi pertama adalah ke Madrasah Al-Iman di Kampung Chyar Chewar Phonm Penh. Untuk makluman, Madrasah ini adalah pusat utama pengumpulan ketua-ketua madrasah se

Anggota rombongan meluangkan masa lebih dua jam di Madrasah ini, menurut seorang Ustaz yang juga tenaga pengajar di Madrasah Al Iman, beliau memberitahu kesemua pelajar yang menamatkan pengajian di sini akan dihantar ke Malaysia untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Tidak hairanlah sumber buku banyak yang datang dari Malaysia, ada juga diantara mereka yang sekarang diperingkat terakhir untuk dihantar ke Malaysia dan sangat fasih berbahasa Melayu. Sebelum pulang, Datuk Nordin Naib Ketua UMNO Bahagian Putrajaya mewakili anggota rombongan menyampaikan sedikit ucapan dan sumbangan berbentuk sejadah, Al-Quran dan telekung kepada masjid dan madrasah. Dalam pada itu, sumbangan wang tunai hasil kutipan derma ikhlas daripada peserta rombongan turut diberikan sebagai membantu meringankan sedikit bebanan yang ditanggung mereka.luruh Kemboja. Walau bagaimanapun, pusat utama ini tidak sedikit pun mencerminkan keadaannya yang sebenar. Tapak madrasah ini dikongsi bersama dengan sebuah Masjid yang bersebelahan dengan pusat pengajian ini, alangkah sedihnya melihat keadaan pelajar tahfiz yang belajar dalam suasana serba kerkurangan tetapi hanya berbekalkan semangat dan iktizam untuk menuntut ilmu akhirat menjadi bekalan mereka.

Rombongan turut ke sebuah lagi kampung di bahagian pedalaman Phom Penh iaitu kampung Luong Commune, dan melawat ke Masjid Nourussalam yang menjadi pusat pengumpulan komuniti Islam di sini. Melihatkan rumah mereka dan fasiliti seharian, tidak dapat dibayangkan bagaimana mereka mampu untuk berdikari dengan keadaan rumah yang sempit, mandi hanya di sungai dan kanak-kanak tidak mendapat pendidikan yang mencukupi. Begitu bersyukurlah dengan kehidupan di Malaysia bagaimana umat Islam di sini yang dapat menjalankan ibadat dan hidup dengan aman. Melayan kerenah kanak-kanak ini, serta merta membayangkan keriangan kanak-kanak Malaysia yang jauh sekali nak disamakan dengan mereka di sini.

Sama seperti di Madrasah Al Iman, kali ini Saudara Ahmad Faisal Abdul Karim Ketua Pemuda UMNO Putrajaya mewakili rombongan menyampaikan sedikit bantuan wang tunai dan barangan kelengkapan masjid seperti sejadah dan telekung serta naskah Al Quran untuk kegunaan Masjid Nourussalam. Walaupun dengan bantuan yang tidak seberapa ini, tetapi melihat riak wajah mereka begitu terharu dan bersyukur dengan bantuan yang diterima. Mungkin bantuan ini tidaklah sehebat mana, tetapi nilai yang diberikan In Shaa-Allah membantu memberikan semangat dan mengukir detik indah kami di sini. – sumber: parlimen125.blogspot.com

IMG_2251

IMG_2551

IMG_2559