Berita

Pemimpin Tempatan Meriahkan Walimatul Urus

PUTRAJAYA – Kesibukan Ahli Parlimen tempatan merangkap Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan isteri Datin Seri Anggriani Sentiyaki tidak menghalang hasrat mereka untuk memenuhi undangan majlis perkahwinan keluarga para pengundi Putrajaya yang berlangsung pada 10 November 2013 (Ahad).

Dalam kesempatan tersebut, beliau telah bersama-sama memeriahkan walimatul urus penduduk tempatan iaitu Fadzry Abdul Mutalib dan pasangannya Nurul Ashikin Roslan yang diadakan di Presint 14, Putrajaya. Beliau juga turut meluangkan masa memenuhi jemputan perkahwinan seorang lagi penduduk tempatan iaitu Muhammad Nur Adafi Azmi dan pasangannya Diyanah Fadhilah Mahadi yang diadakan di Dewan Sub Presint 14/12.

Semoga dengan terpatrinya ikatan perkahwinan antara kedua-dua mempelai, pasangan terbabit akan diberikan keberkatan oleh-Nya dan berbahagian hingga ke akhir hayat.

kawin

kawin2