Berita

Roadshow Perwani Putrajaya

PUTRAJAYA – Warga tempatan turut sama melakar gerak kerja bersama-sama menjayakan agenda kerajaan sebagaimana Komuniti Perwani yang akan bertindak sebagai ejen transformasi dalam kumpulan kecil masyarakat. Sebagaimana hasrat kerajaan yang mahukan kumpulan wanita di seluruh negara bertindak sebagai ejen transformasi yang berkesan maka warga Putrajaya mengadakan roadshow pada 24 November 2013 yang dibuat di Dewan Komuniti Presint 8, Fasa 4. Komuniti Perwani ini akan bertindak sebagai penghubung masyarakat dengan pihak berkuasa bagi melaporkan atau memberi maklum balas berkaitan sebarang prasarana atau kemudahan awam yang memerlukan perhatian atau penambahbaikan.