Mesyuarat Bantuan Banjir Anjuran MPKB Zone H
PUTRAJAYA – Keprihatinan masyarakat tempatan terhadap nasib sesame insan khususnya mereka yang ditimpa benccana telah menggerakkan usaha untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa. Untuk melicinkan bantuan dan pelaksanaan tersebut, satu mesyuarat telah diadakan agar segala perancangan dapat bergerak dan tugasan dapat diagihkan antara satu sama lain. Mesyuarat tersebut telah berlangsung di Dewan Pusat Kejiranan Presint 9 pada 8 Disember 2013 (Ahad). Semoga usaha murni ini akan mendapat keberkatan dan dapat meringankan beban mereka yang ditimpa musibah.