Berita

Skuad Combi Pemuda UMNO Gerakkan Kempen Kesedaran Pencegahan Denggi

PUTRAJAYA – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya menggerakkan kempen kesedaran pencegahan denggi sebagai alternatif memastikan kesihatan masyarakat tempatan terus menjadi keutamaan melalui Skuad Combi Pemuda UMNO. Majlis perasmian Skuad Combi ini telah diadakan di Perkarangan Blok D, Fasa 4A, Presint 11 pada 8 Disember lalu dengan dirasmikan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Senator Datuk Khairuddin Samad mewakili Ahli Parlimen Tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Turut bersama, ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya, Ahmad Faisal Abdul Karim dan barikan jawatankuasanya bersama-sama masyarakat tempatan.

DSCN9086

DSCN9141