Ucapan

Menginspirasikan Perjuangan Mandela

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Nelson Mandela adalah Penerima Anugerah Nobel Keamanan, juga Presiden Afrika Selatan pertama yang dipilih secara demokrasi selepas dibebaskan dari penjara pada 1990. Lebih bermakna, Mandela adalah pemimpin yang sangat teguh berpegang kepada prinsipnya sendiri, sanggup dipenjara demi perjuangan bangsanya. Kemudian dibebaskan selepas 27 tahun meringkuk dalam penjara. Mandela memperjuangkan kedamaian dan penyatuan merentasi bangsa dan kaum, malah lebih bererti beliau menjadi symbol bagi bangsanya dan Afrika Selatan. Perjuangannya adalah menentang penindasan kulit putih yang menghambakan kulit hitam di tanah air mereka sendiri. Amat tragis dan amat mendalam dengan kematiannya tidak mematikan perjuangan yang telah digarap.

Saya berkesempatan mewakili Kerajaan Malaysia bersama dengan Datuk Maximus Ongkili untuk menyampaikan penghormatan dari Kerajaan Malaysia. Penghormatan terakhir kepada Mandela diberikan oleh seluruh masyarakat antarabangsa termasuklah saya yang bersama-sama berkumpul di Stadium FNB, dengan dibanjiri lebih 60,000 masyarakat pelbagai lapisan.

Sememangnya perjuangan untuk memartabatkan bangsa tidak pernah berakhir, perlu terus marak dengan untuk dijadikan legasi kepada setiap generasi seterusnya. Mengispirasikan perjuangan Mandela, sememangnya, perjuangan UMNO sebagai sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat agama, bangsa dan negara juga mesti berterusan. Ingatlah, pemimpin silih berganti, datang dan pergi tetapi perjuangan demi agama, bangsa dan negara akan tetap terlakar sebagai hala tuju masa hadapan.

Kerana Rakyat, Dari Rakyat, Untuk Rakyat – UMNO, Dulu, kini dan selamanya.

TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR
Ahli Parlimen/Ketua UMNO Bahagian Putrajaya

re_16.1