Berita

Kayuhan Ceria MPKB Sub Zon E

PUTRAJAYA – Bertempat di Padang Futsal Fasa 4, Presint 9, warga tempatan berkumpul untuk bersama-sama menjayakan Kayuhan Ceria Majlis Perwakilan Kesejahteraan Bandar (MPKB) Sub Zon E yang diadakan pada 29 Disember 2013 (Ahad). Program tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Senator Datuk Khairuddin Samad. Semoga dengan berlangsungnya program sedemikian akan dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan penduduk di kawasan tersebut.

DSCN9474

DSCN9476