Berita

Warga Putrajaya Tolak Niat Guling Kerajaan, Ajak Semarakkan 2014 Untuk Kesejahteraan

PUTRAJAYA – Warga tempatan berkongsi rasa dengan sama-sama menyatakan bantahan terhadap NGO Propembangkang yang cuba mencetuskan huru-hara di Dataran Merdeka bersempena sambutan Tahun Baru 2014. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Putrajaya, Ahmad Faisal Abd Karim berkata tindakan harus diambil sama ada hari ini atau esok kerana banyak laporan polis telah pun dibuat di seluruh negara bagi membantah penganjuran perhimpunan haram itu.

“Kami mengecam sekeras-kerasnya perhimpunan haram ini yang berlangsung pada sambutan meraikan tahun baharu di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur esok kerana ia boleh mengganggu ketenteraman awam,” katanya dalam sidang media dan kemudian menyerahkan memorandum berkenaan kepada wakil Kementerian Dalam Negeri (KDN.

IMG-20131230-WA003