Berita

Selamat Tahun Baru, Sesi Persekolah 2014 Bermula

PUTRAJAYA – Para pelajar di Sekolah Kebangsaan Presint 14 (1) membuka sesi persekolahan dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meninjau suasana hari pertama sesi persekolahan 2014.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan meluangkan masa setengah jam meninjau suasana di kelas yang menempatkan murid Tahun Satu dan juga bilik terapi pendidikan khas di sekolah berkenaan selain turut bermesra dan bertanya khabar dengan murid-murid dan ibu bapa di sekolah itu.

Hadir sama ialah Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Khair Mohamad Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Datuk Dr Madinah Mohamad dan Guru Besar SK Presint 14 (1) Norihan Karim di samping Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Senator Datuk Khairuddin Samad.

SK Presint 14 (1) mempunyai 1,350 murid dan 45 murid di lima kelas pendidikan khas bermasalah pembelajaran dan empat lagi murid di prasekolah pendidikan khas.

IMG-20140102-WA0003

IMG-20140102-WA0004

New Picture