Berita

Tiada Hard Rock Cafe Di Putrajaya

PUTRAJAYA – Sensitifiti dan kepentingan masyarakat tempatan sentiasa menjadi keutamaan dalam pembangunan dan kemajuan berterusan Putrajaya selaku Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. UMNO Putrajaya yang diketuai oleh Ketua Pergerakan Pemudanya, Ahmad Faisal Abd Karim telah mendapatkan penjelasan dari Presiden Perbadanan Putrrajaya, Tan Sri Aseh Hj.Che Mat di pejabat beliau. Hasilnya, beliau menjelaskan bahawa Perbadanan Putrajaya tidak akan mempertimbangkan sebarang permohonan untuk membuka cawangan rangkaian kafe dan pusat hiburan Hard Rock Cafe di Putrajaya.

Beliau juga menegaskan bahawa sekiranya terdapat permohonan selepas ini, pihaknya akan mengembalikannya kepada pemohon dan Putrajaya akan kekal sebagai pusat pentadbiran kerajaan yang mempunyai identiti tersendiri.

IMG-20140106-WA004

IMG-20140106-WA022

IMG-20140106-WA024