Berita

Hard Rock Cafe Di Putrajaya Dengan Syarat…

PUTRAJAYA – Isu berkaitan pembukaan Hard Rock Cafe di Putrajaya terjawab apabila Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menjelaskan bahawa pembinaan HRC dibenarkan jika pihak pelabur mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.sebentar tadi dalam sidang akhbar berkenaan isu

Katanya, jika pelabur mahu membuka Hard Rock Cafe di Putrajaya maka mereka harus patuh kepada peraturan iaitu penjualan minuman keras atau alkohol adalah dilarang sama sekali dengan sebarang bentuk hiburan mesti bersifat bersih dan tidak keterlaluan serta penjualan merchandise yang sememangnya terkenal.

“Mungkin Putrajaya boleh menjadi salah satu cawangan Hard Rock Cafe yang pertama di dunia yang bebas alkohol” katanya.

Jelas beliau, Perbadanan Putrajaya mendapat banyak permohonan terutamanya dari jenama dunia seperti taman tema dan lain-lain, tetapi semua permohonan tersebut perlu mengikut garis panduan dan syarat-syarat tertentu.

Tambahnya lagi, pada tahun 2000 sebagai contoh 7Eleven membuat permohonan untuk membuka cawangannya di Putrajaya, pihak perbadanan membenarkan tetapi dengan syarat tiada penjualan minuman keras.

Beliau turut melahirkan kekesalannya di atas reaksi segelintir pihak yang terlalu cepat menghukum Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh dengan mengeluarkan komen dengan kata-kata yang kesat.

“Kita janganlah terlalu terikut-ikut dengan cara barat dan sama sekali jauh dengan budaya ketimuran yang kita amalkan selama ini” katanya dalam sidang media hari ini.

IMG-20140107-WA0003

IMG-20140107-WA0006