Putrajaya Pelopor Tahsin Iqra’ 2014, Budayakan Al-Quran Dikalangan Generasi Muda
PUTRAJAYA – Al-quran adalah panduan terbaik dalam kehidupan diaplikasikan melalui proses pembudayaan dengan pelancaran Program Tahsin Iqra’ 2014 peringkat sekolah-sekolah menengah Putrajaya yang disempurnakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor merangkap Ahli Parlimen tempatan.
Katanya, proses pembudayaan al-Quran perlu dilaksanakan dari peringkat sekolah agar dapat menjadi panduan hidup untuk masa hadapan khususnya generasi yang bakal menjadi pemimpin negara.
Beliau berkata demikian dalam program tersebut yang julung kali dilancarkan di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin pada 13 Jan 2013.
Dalam ucapan perasmian, kunan mengingatkan tentang kepentingan membaca Al Quran. “tak kira dalam apa jua keadaan sesibuk mana sekalipun kita, kita harus mencari masa untuk membaca dan memahami Al Quran. Dalam keadaan dunia yang serba canggih internet di hujung jari, ia menjadikannya semakin mudah untuk membaca Al Quran”.
Dalam program tersebut¸ beliau turut menyampaikan sumbangan di setiap sekolah menengah dalam Putrajaya bagi menjayakan program ini. Sebanyak 10 buah sekolah yang terlibat menerima sumbangan wang tunai sebanyak satu ribu. Semoga usaha murni ini mendapat keberkatan untuk masa hadapan negara.
You must be logged in to post a comment.