Berita

Putrajaya Tumpuan Pelancong, Kalendar Acara Putrajaya 2014 Dilancar

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melancarkan Kalendar Acara Putrajaya 2014 yang tentunya akan menjadi tumpuan destinasi utama pelancong di tambah lagi pelancongan sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

Ujar beliau, Putrajaya telah berjaya mencatat sejumlah 1.85 juta pengunjung bagi tahun 2013 dan 1.83 juta pada tahun 2012, maka tahun ini jumlah pengunjung yang lebih banyak dinantikan dengan penganjuran pelbagai acara menarik di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan ini.

Terdahulu, beliau melancarkan Fiesta Belon Panas Antarabangsa Putrajaya ke-6 tahun 2014 di Dataran Putrajaya, ia akan disertai peserta dari seluruh dunia dengan mempamerkan pelbagai bentuk dan warna belon yang menarik.

Fiesta belon itu akan berlangsung dari 27 hingga 30 Mac di Monumen Alaf Baru, Presint 2 di sini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelbagai acara dalam Kalendar Acara Putrajaya 2014 dengan menghubungi Unit Pelancongan, Bahagian Komunikasi Korporat, Jabatan Perkhidmatan Korporat PPj di talian 03-88873000 atau melayari laman web di www.ppj.gov.my atau www.putrajaya.gov.my.

156333_575093872578609_1080171716_n

1010621_575094305911899_1418382153_n

1506606_575094365911893_25692235_n

1606875_575093835911946_255080534_n