Berita

Bersama Semarakkan ‘Wilayah Persekutuan Ceria’

PUTRAJAYA – Menjelang Hari Wilayah Persekutuan, Program kolaborasi pintar di antara Perbadanan Putrajaya (PPj), FELDA dan Kementerian Wilayah Persekutuan telah dilancarkan serentak dengan Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan. Majlis pelabcarannya telah disempurnakan bersama-sama warga tempatan oleh Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2014 kali ini bertemakan ‘Wilayah Persekutuan Ceria’ yang diharap akan dapat memberi suntikan kepada masyarakat untuk sama-sama memelihara kemakmuran dan keamanan di Wilayah Persekutuan.

Turut hadir dalam majlis pelancaran tersebut ialah Tan Sri (Dr.) Aseh Che Mat, Presiden PPj; Datuk Seri Ahmad Phesal Talib, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Datuk Faizoull Ahmad, Pengarah Besar FELDA.

1510919_576703682417628_1392143380_n

1526128_576703819084281_414443267_n

1536606_576703952417601_1810704552_n

1557465_576703789084284_1808855200_n