Rencana

Selamat Pengantin Baru Aridah & Faiz

PUTRAJAYA – Pasangan mempelai Aridah dan Faiz telah melangsungkan majlis perkahwinan pada 19 Januari yang diadakan di Dewan Komuniti Presint 8. Majlis tersebut turut dihadiri oleh SUK UMNO Putrajaya, Haji Baharudin yang mewakili Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang tidak dapat hadir. Semoga dengan ikatan perkahwinan yang terjalin antara pasangan ini akan diberi keberkatan dan dikurniakan kebahagian hingga ke akhir hayat.