Berita

‘Jimat Belanja Dapur’ Langkah Kerajaan Bantu Rakyat

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membuat lawatan kerja ke Pasar Tani Putrajaya di Presint 2 di sini yang melancarkan kempen harga panduan komoditi Jimat Belanja Dapur.

Datuk Seri Najib telah mengumumkan dana tambahan berjumlah RM20 juta kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) untuk melaksana stok penimbal bagi menstabilkan harga barang.

Kerajaan telah meluluskan dana tambahan RM8 juta kepada Fama dan RM12 juta kepada Nekmat untuk membuat belian terus daripada petani tempatan dan mengimport dari luar negara untuk mewujudkan stok penimbal.

1530590_579207268833936_1927554316_n

1555323_579207418833921_1141963171_n

1724473_579207355500594_1023857968_n