Berita

Pusat Perlindungan Kucing Putrajaya Rawat Kucing Terbiar

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah meluangkan masa untuk melawat Pusat Perlindungan Kucing di Presint 9 dalam usaha untuk memastikan kucing-kucing terbiar mendapat tempat dan diberikan rawatan.

Selaras dengan pembangunan sebagai sebuah bandar terancang yang moden, Parlimen Putrajaya telah menyediakan pusat pemeliharaan kucing yang menempatkan kucing-kucing terbiar dalam memastikan ia terpelihara dan tidak berkeliaran tanpa hala tuju.

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang melakukan tinjauan di depoh Presint 9 hari ini, 25 Jan 2014 turut menyeru orang ramai agar menghantar mana-mana kucing terbiar atau yang tidak mahu dipelihara ke pusat berkenaan bagi memastikan ia terjaga.

Turut serta bersama beliau ialah isterinya, Datin Seri Anggeriani Sentiyaki.

1536658_579624612125535_524349183_n

1546068_579624555458874_975989931_n

1625640_579624578792205_2098479489_n

1654012_579624485458881_411368637_n

1661001_579624532125543_1302902940_n

DSCN0085