Walimatul Urus
PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor meluangkan masa untuk bersama-sama memeriahkan majlis perkahwinan salah seorang pengundi yang berlangsung di Dewan Fasa 4A Presint 11, Putrajaya hari ini, 26 Jan 2014. Turut bersama beliau ialah isterinya, Datin Seri Anggeriani Sentiyaki. Semoga pasangan mempelai dikurniakan kesejahteraan dan ikatan perkahwinan kekal hingga ke akhir hayat.