Berita

‘Wilayah Persekutuan Ceria’ Semarakkan Hari Remaja Putrajaya

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah menyempurnakan perasmian Hari Remaja Putrajaya 2014 yang berlangsung di Gelanggang Futsal 1 Malaysia.

Acara yang berlangsung meriah dengan kehadiran golongan belia ini menepati tema ‘Wilayah Persekutuan Ceria’. Program yang berlangsung selama dua hari bermula 25-26 Januari ini disemarakkan dengan empat acara yang dipertandingkan iaitu bowling, futsal, badminton dan juga bola jaring yang diadakan serentak. Turut bersama memeriahkan program tersebut ialah isteri beliau, Datin Seri Anggeriani Sentiyaki yang turut diiringi oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya Ahmad Faisal Abdul Karim.

Upacara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Senator Datuk Khairuddin Samad.

150247_580180075403322_598438866_n

374457_580180225403307_1334447007_n

1533859_580180238736639_424385910_n

1779161_580180295403300_1604519021_n

1779876_580180188736644_999946979_n

IMG-20140126-WA0006

IMG-20140126-WA0007

IMG-20140126-WA0010

IMG-20140126-WA0013

IMG-20140126-WA0015

IMG-20140126-WA0016