Berita

Nikmati Hidangan Tengahari di Restoran Rakyat 1Malaysia, Putrajaya

PUTRAJAYA – Berlandaskan keprihatian kerajaan terhadap rutin hidup masyarakat termasuklah juadah makan tengahari dan galakan berbelanja secara berhemah, Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku mengunjungi Restoran Rakyat 1Malaysia di Taman Seri Empangan, di Presint 5, untuk menikmati makan tengah hari menu 1Malaysia.

Dengan bayaran serendah RM5, mereka menikmati makan tengah hari dengan satu lauk pilihan dan sayur serta minuman.

Inisiatif ini digerakkan oleh Perbadanan Putrajaya dengan kerjasama pengusaha restoran bertujuan membantu orang ramai, terutama penjawat awam yang bekerja di sini, menikmati makan tengah hari yang amat memuaskan pada kadar bayaran cukup berpatutan.

Untuk memudahkan pengunjung dari setiap jabatan kerajaan di Putrajaya, bas Nadi Putra disediakan setiap hari bermula jam 12 tengahari dan akan melalui setiap hentian bas di setiap kompleks kerajaan bermula di Kompleks A, E, D, C, B dan seterusnya melalui Persiaran Perdana dari Presint 2 ke Presint 4 dan seterusnya ke Restoran Rakyat 1Malaysia di Presint 5.

Pelbagai pilihan menu menarik disediakan dari jam 11.00 pagi hingga 3.00 petang pada setiap hari, bermula 4 Februari lalu.

1545746_585761294845200_1999863252_n

1780822_585761208178542_812514795_n