Berita

Forum Perdana Ehwal Islam Sempena Hari Wilayah Persekutuan Tahun 2014

PUTRAJAYA – Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2014 terus diraikan dengan majlis ilmu sebagaimana Forum Perdana Hal Ehwal Islam yang diadakan di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Bharu, Kuala Lumpur pada 6 Februari 2014 (Khamis).

Program sempena mengisi sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang bertemakan ‘Wilayah Persekutuan Ceria’ ini telah diserikan dengan kehadiran ahli panel terkenal iaitu Ustaz Kazim Elias dan Imam Muda Asyraf di samping Dr. Ridhuan Tee Abdullah sebagai moderator. Turut bersama dalam dalam program tersebut ialah Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersama isteri Datin Seri Anggeriani Sentiyaki.

IMG-20140207-WA0005123

DSCN0421123

IMG-20140206-WA0021

IMG-20140207-WA0000

1508519_585668918187771_1008300415_n