Berita

Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional Perjelas Isu Semasa

PUTRAJAYA – Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional (PENA) peringkat Putrajaya telah berlangsung pada 7 Februari 2014 yang diadakan di Dewan Kementerian Wilayah Persekutuan menjadi jambatan kepada msyarakat dalam menyampaikan maklumat berkaitan isu-isu ekonomi dan dasar yang dilaksanakan kerajaan.

Tiga perkara utama menjadi topik dalam seminar terbabit iaitu mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), Bajet 2014 dan juga program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera.

Seminar tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang turut dihadiri oleh ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Putrajaya bersama-sama ahli-ahli UMNO dan penduduk tempatan.

Katanya, penerangan dan informasi seperti ini amat penting kerana ia dapat memperjelaskan segala kekeliruan yang ditimbulkan oleh pembangkang terhadap sebarang program dan usaha kerajaan hari ini.

“Dengan adanya program seperti ini maka rakyat boleh mendapat info sebenar secara terus dari pihak kerajaan dan tidaklah mereka membuat kesimpulan sendiri berdasarkan info dan dakwaan negatif pembangkang selama ini,” tegasnya.

IMG-20140207-WA0030

IMG-20140207-WA0031