Berita

Konvoi Berbasikal Semarakkan ‘Wilayah Persekutuan Ceria’

PUTRAJAYA – Sambutan bersempena Hari Wilayah Persekutuan berterusan dengan pelepasan konvoi berbasikal oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Program tersebut telah berlangsung lancar pada Ahad, 9 Februari 2014 di Dataran Putrajaya. Sebagaimana tema sambutan Hari Wilayah Persekutuan iaitu ‘Wilayah Persekutuan Ceria’, kegembiraan jelas terpancar di wajah kalangan peserta. Program tersebut juga diadakan sempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2014.

IMG-20140209-WA0002

IMG-20140209-WA0003

IMG-20140209-WA0005

IMG-20140209-WA0006