Semangat 1Malaysia Dimanifestasi Dalam Majlis Mesra Tahun Baru Cina
PUTRAJAYA – Semangat kesatuan dalam kepelbagaian yang menjadi sebahagian dari keunikan di negara ini dimanifestasikan dalam Majlis Mesra Tahun Baru Cina Komuniti Putrajaya 2014 yang berlangsung pada 13 Februari di Dewan Seri Siantan, Perbadanan Putrajaya. Majlis tersebut dimeriahkan dengan kehadiran Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Dalam ucapannya, beliau menyeru masyarakat yang terdiri dari pelbagai bangsa agar memelihara keharmonian dan semangat perpaduan yang telah terjalin sekian lama demi kesinambungan pembangunan dan kemajuan negara ini.
“Perpaduan yang dikecapi sekarang adalah hasil toleransi serta kepelbagaian rakyat Malaysia yang saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Hasil peninggalan nenek moyang dahulu yang membuatkan kita sekarang hidup dalam keadaan yang harmoni, janganlah kita menghancurkan peningggalan ini dan semoga semangat 1 Malaysia ini terus kekal dan utuh,” katanya.
Seramai lebih 300 orang komuniti berbangsa Cina hadir dalam majlis tersebut yang turut dihadiri oleh Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat.
You must be logged in to post a comment.