Rencana

Walimatul Urus Keluarga Che Pi Mat dan Puan Norwati Zabidi

PUTRAJAYA – Bertempat di Dewan Kejiranan Presint 9, Putrajaya pada 16 Februari 2014 (Ahad) telah berlangsung majlis perkahwinan anak kepada Che Pi Mat dan isterinya Puan Norwati Zabidi. Majlis tersebut telah berlangsung meriah dengan kehadiran saudara mara, rakan taulan dan jiran tetangga termasuklah Setiausaha Kerja UMNO Bahagian Putrajaya, Tuan Haji Baharudin dan isteri yang mewakili Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Semoga pasangan mempelai akan diberkati-Nya dan dikurnikan kesejahteraan hingga ke akhir hayat.