Berita

Semarakkan Masjid Sebagai Pusat Ilmu dan Perkembangan Syiar Islam

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah mengadakan perjumpaan dengan para pegawai dan kakitangan Masjid Putra yang mengumpulkan seramai 40 orang kakitangannya sebagai mekanisme untuk memastikan setiap acara dan perancangan yang dilakukan adalah ke arah pembangunan ummah dan meningkatkan syiar Islam.

Dalam ucapannya, beliau telah menyeru setiap kakitangan untuk mengambil tanggungjawab dan amanah yang tergalas dengan sepenuh jiwa walau bidang kerja dan tugasan yang dipikul setiap individu adalah berbeza.

Dalam majlis yang sama, Tengku Adnan turut menyumbangkan sebanyak RM10,000.00 kepada Kelab Kebajikan Pegawai dan Kakitangan Masjid Putra, Putrajaya (MASPUTRA).

1662370_592455740842422_1487442707_n

IMG_1790 copy

IMG_1798 copy

IMG_1802 copy

IMG_1806 copy

IMG_1817 copy

IMG_1842 copy