Rencana

Majlis Perkahwinan Anak Perempuan En. Mohd Hasim

PUTRAJAYA – Majlis Perkahwinan anak perempuan Encik Mohd Hasim dan isterinya, Puan Nor Rozilawati telah berlangsung meriah pada 16 Februari 2014 (Ahad) yang berlangsung di Dewan Serbaguna Presint 8, Putrajaya. Setiausaha Kerja UMNO Bahagian Putrajaya, Tuan Haji Baharudin dan isteri telah menghadiri majlis tersebut dengan mewakili Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang tidak dapat bersama-sama. Semoga dengan ikatan yang terjalin, pasangan mempelai akan beroleh keberkatan dan berbahagian hingga ke akhir hayat.