Pemantapan Gerak Kerja Pastikan UMNO Terus Kukuh
PUTRAJAYA – UMNO Bahagian Putrajaya terus memperkemas gerak kerja bagi memastikan parti tersebut kekal kukuh dan mendapat sokongan padu dari semua lapisan masyarakat. Dalam mesyuarat UMNO Bahagian tersebut yang diadakan pada 19 Februari dengan dipengerusikan oleh Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor merangkap Menteri Wilayah Persekutuan dan Ahli Parlimen Putrajaya, semua ahli jawatankuasa komited untuk melaksanakan tanggungjawab. Dalam mesyuarat tersebut juga, perancangan dan gerak kerja yang bakal dilaksana diperhalusi selain ingatan dari Tengku Adnan untuk setiap anggota kepimpinan bahagian melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan parti.
You must be logged in to post a comment.