Berita

Kenduri 1Wilayah dan Hari Keluarga Putrajaya Ceria dan Meriah

PUTRAJAYA – Kenduri 1Wilayah dan Hari Keluarga Putrajaya berlangsung meriah sebagaimana temanya ‘Wilayah Persekutuan Ceria’. Program tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Dalam ucapannya, beliau menyeru semua warga Putrajaya untuk bersama-sama meneruskan permuafakatan dalam satu keluarga besar dan memelihara kesejahteraan dan keamanannya selaku Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Kenduri 1Wilayah dan Hari Keluarga Putrajaya ini bermula awal pagi di Gelanggang Futsal Presint 18, hari ini, 23 Feb. 2014 dimeriahkan dengan keakraban para penduduk. Mereka bersama-sama bergotong-royong memasak untuk juadah tengahari selain pelbagai acara untuk semua termasuklah kanak-kanak dan keluarga. Selain itu terdapat acara cabutan nombor bertuah yang menyajikan pelbagai hadiah menarik dengan hadiah utama ialah sebuah kereta selain tiga biji motosikal, televisyen, peti sejuk dan pelbagai barangan lain.