Selamat Pengantin Baru Mohd Narizal & Noor Hazilah
PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor serta kepimpinan UMNO Putrajaya mengucapkan selamat pengantin baru kepada Mohd Narizal dan Noor Hazilah. Majlis perkahwinan pasangan tersebut telah berlangsung meriah di Pusat Kejiranan Presint 9 pada 2 Mac 2014. Semoga dengan ikatan yang terjalin, pasangan mempelai ini akan dikurniakan keharmonian dan berbahagia hingga ke akhir hayat.