Rencana

Sumbangan Keluarga Allahyarham Syariful Mazlan Mahsan

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyampaikan sumbangan beliau kepada waris Allahyarham Syariful Mazlan Mahsan yang meninggal dunia akibat serangan jantung selepas menyertai Kayuhan Mesra Sempena Hari Wilayah Persekutuan baru-baru ini.

Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham, sama-sama kita mendoakan agar roh arwah ditempatkan kalangan orang yang beriman. Al Fatihah.