Berita

Tahniah! PRK Balingian: BN Menang, Majoriti Bertambah

Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian pada pilihan raya kecil (PRK) yang berlangsung hari ini, dengan majoriti 6,911 undi menerusi calonnya Yussibnosh Balo, 48, yang memperoleh 8,194 undi, berbanding calon PKR Abdul Jalil Bujang, 55, yang mendapat 1,283 undi.

Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selaku Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) turut bersama-sama meraikan kemenangan tersebut dan sebelumnya membantu Yussibnosh berkempen.

Sehubungan itu, beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuanmengucapkan terima kasih kepada para pengundi dan jentera BN yang telah bertungkus lumus memastikan DUN Balingian kekal di bawah pentadbiran BN.

Pada 2011, bekas Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud memperoleh 6,210 undi untuk memenangi kerusi DUN Balingian dengan majoriti 5,154 undi, dalam pertandingan tiga penjuru, menewaskan Suriati Abdullah daripada PKR yang memperoleh 871 undi, dan calon Bebas Datuk Salleh Jafaruddin 1,056 undi.

Undi yang diperoleh Yussibnosh bertambah sebanyak 701 berbanding jumlah undi yang diperoleh Abdul Taib.

Pilihan raya kecil (PRK) DUN Balingian diadakan ekoran perletakan jawatan Abdul Taib sebagai Anggota Dewan Undangan negeri Balingian, dan beliau kemudiannya dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak.

balingian

1508997_614032885351374_1736241834_n

1982100_614054752015854_443797645_n

10006955_614916501929679_1985969546_n

10155041_614420211979308_449256482_n