Perkukuh UMNO Melalui Persidangan Di Akar Umbi
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam 1Malaysia
Mesyuarat Cawangan UMNO berlangsung sebagaimana diputuskan oleh kepimpinan tertinggi parti, maka saya dengan sukacitanya menyeru semua ahli-ahli UMNO agar menggunakan persidangan di peringkat akar umbi ini sebagai platform untuk memperkukuh parti.
Marilah kita kembali dalam satu saf, rapatkan ukhwah, eratkan persaudaraan, akrabkan ikatan mesra dan toleransi dengan azam sepakat untuk memastikan kesinambungan perjuangan UMNO kukuh. Dalam masa yang sama, penghayatan kepada penubuhan UMNO perlu diselami agar kita benar-benar faham apakah tujuan utama parti ini berdiri.
Bersatu, bersetia dan berkhidmat yang menjadi cogan katanya juga perlu terus sebati dalam gerak kerja. Ketepikanlah hasad dengki dan iri hati tanpa ada agenda peribadi atau kepentingan tertentu sebaliknya tetapkanlah tekad untuk UMNO demi perjuangan bangsa, agama dan negara. Umno tetap relevan, dulu, kini dan selamanya.
TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR
Ahli Parlimen/Ketua UMNO Bahagian Putrajaya