Sambutan Hari Lahir Cawangan Dahlia & Bakawali
PUTRAJAYA – Keprihatinan kepimpinan UMNO Putrajaya tidak pernah meminggirkan para pengundi tempatan termasuklah UMNO Cawangan Dahlia dan Bakawali yang diraikan dengan meriah pada 2 April 2014 (Rabu).
Lebih bertuah apabila Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersama-sama memeriahkan dan menyampaikan cenderahati kepada seramai 100 orang yang diraikan. Semoga dengan ingatan dan penghargaan yang diberikan akan membawa keberkatan dan memperkukuh ukhwah dalam masyarakat.
You must be logged in to post a comment.