Berita

Hargai Usaha Golongan Muda Melalui Majlis Anugerah Cemerlang

PUTRAJAYA – Ibarat pepatah melayu, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’ maka usaha menghargai pencapaian cemerlang generasi muda dilakukan sebagaimana Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan P14(1) yang berlangsung meriah pada 5 April 2014.

Majlis tersebut telah dimulakan dengan acara sambutan hormat perbarisan dari para pelajar sekolah terbabit kepada Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang merasmikan majlis tersebut.

Dalam ucapannya, beliau memanjatkan kesyukuran dan mengucapkan tahniah kepada semua para pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik di sekolah terbabit.

“Semoga kejayaan ini akan menjadi bekalan dan motivasi untuk semua anak-anak Putrajaya untuk lebih berjaya pada masa hadapan.”

Beliau juga turut mengucapkan tahniah kepada Puan Hajah Juriah yang dinobatkan sebagai Pengetua terbaik SMK Presint 14(1) kerana kejayaan beliau membimbing anak muridnya yang meningkat dengan sangat baik dari tahun ke tahun.
Ujarnya, semoga kejayaan hari ini akan menjadi pendorong untuk kejayaan yang lebih baik pada tahun-tahun akan datang.
970676_652375048132114_1381733780_n

1538775_652374931465459_722673856_n

1797608_652375104798775_967698151_n

1926888_652374918132127_1951886071_n

1978700_652375128132106_1431951896_n

10015659_652374968132122_1845880096_n

10174790_652374991465453_2092745322_n

10245493_652375024798783_52502871_n