Rencana

Walimatul Urus Keluarga Mohd Noordin Mohd Yusof

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan merangkap Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersama-sama memeriahkan majlis perkahwinan anak perempuan En. Mohd Noordin Mohd Yusof yang berlangsung pada 5 April 2014.

Beliau mengucapkan tahniah kepada pasangan mempelai dan ahli keluarga dan mendoakan kesejahteraan pasangan terbabit hingga ke akhir hayat. Majlis yang diadakan di Blok 4F, Fasa 4, Presint 9 tersebut berlangsung meriah dengan kehadiran para tetamu khususnya sanak-saudara yang dapat berkumpul selain jiran tetangga dan sahabat handai.
IMG-20140405-WA0012

IMG-20140405-WA0015

IMG-20140405-WA0017

IMG-20140405-WA0018