Berita

Penubuhan Cawangan Bunga Ratna Manifestasi Keteguhan UMNO

PUTRAJAYA – Kelangsungan perjuangan UMNO menjadi matlamat masyarakat tempatan dengan merealisasikan penubuhan Cawangan Bunga Ratna pada 11 April 2014 (Jumaat). Mesyuarat Penaja Penubuhan cawangan terbabit telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Khairuddin Samad yang berlangsung di Pejabat UMNO Bahagian Putrajaya. Semoga dengan kelangsungan penubuhan cawangan tersebut, UMNO Putrajaya akan terus mantap dengan menepati asas dan tujuan UMNO sebagai sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat agama, bangsa dan negara.
DSCN1836

DSCN1837