Berita

Sokongan Rakyat Manifestasikan Kemajuan Negara

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan merangkap Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengucapkan terima kasih kepada rakyat tempatan khususnya para pengundi yang sentiasa memberi sokongan kepada kerajaan dalam memanifestasikan impian dalam memajukan negara.

Beliau berkata demikian dalam ucapan di majlis penyampaian hadiah Hari Lahir pengundi Cawangan Bunga Mawar, Bunga Pakma dan Bunga Meranti Presint 9 yang berlangsung di Dewan Serbaguna Blok C Pangsapuri Putra Harmoni Presint 9 pada 22 April 2014 (Selasa).

Dalam majlis tersebut, seramai 130 orang yang hadir dengan diraikan oleh Tengku Adnan dan isteri Datin Seri Anggriani Sentiyaki.

10261987_627176814036981_3695452473022303665_n

10264981_627176720703657_1490602553609834305_n

10296702_627176794036983_5110204241612243926_n