Berita

Hargai Kesejahteraan, Nikmati Keamanan

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan merangkap Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengajak rakyat untuk terus bersama-sama menghargai kesejahteraan dan nikmat keamanan yang ada dengan memastikan perpaduan terus kukuh.

Beliau yang hadir bersama isteri, Datin Seri Anggriani Sentiyaki di majlis penyampaian hadiah hari lahir pengundi Cawangan Bunga Kasturi dan Bunga Raya berterima kasih kepada para penduduk yang sentiasa memberi sokongan kepada kerajaan.

Katanya, sokongan berterusan akan membantu kerajaan melaksanakan segala perancangan untuk kemajuan dan keselesaan rakyat dengan lancar dan berkesan.

Majlis sambutan hari jadi tersebut telah meraikan seramai 140 orang  penduduk tempatan yang berlansung lancar di Dewan Serbaguna Presint 9 pada 29 April 2014.
1234

1235

1236

1237

1238

1240