Ucapan

Selamat Hari Pekerja 2014

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam 1Malaysia

Tarikh 1 Mei ialah sambutan Hari Pekerja yang disambut di seluruh dunia. Inilah nilai dan penghargaan kepada semua pekerja, satu pengiktirafan atas usaha yang dilakukan sebagaimana para pekerja di Malaysia yang bertungkus-lumus memastikan perancangan kerajaan berlangsung rancak. Pastinya kita ingin melihat dari segi kedudukan negara terus cemerlang dengan setiap individu hidup tenteram khususnya kebajikan dan keperluan sosial terus dititik beratkan.

Negara kita berusaha untuk melakukan penambahbaikan agar kita boleh mencapai kadar pertumbuhan yang tinggi ataupun sederhana tinggi. Ini kerana, banyak negara lain bergelut dalam pelbagai masalah, ekonomi dunia masih tidak menentu tapi kita mesti buat persediaan, kita mesti buat langkah proaktif supaya perkembangan ekonomi kita bertambah, lebih tinggi dan kita boleh mencapai hasrat kita untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

Dalam hal ini, para pekerjalah yang menggalas tanggungjawab memastikan semua dasar dan perancangan berlangsung lancar. Selamat Hari Pekerja 2014 dan manfaatkanlah setiap apa yang kita nikmati untuk keselsaan dan kesejahteraan masa hadapan.

TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR
Ahli Parlimen/Ketua UMNO Bahagian Putrajaya