Berita

Pastikan Majlis Perwakilan Penduduk Perkukuh Perpaduan Masyarakat

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menyampaikan ucapan dalam majlis perasmian Program Ramah Mesra bersama Ahli Jawatankuasa Tertinggi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) telah mengingatkan fungsi sebenar MPP yang perlu mempunyai kecenderungan dalam mamahami kehendak dan masalah penduduk setempat.

Katanya, antara objektif utamanya ialah memastikan semua aktiviti modal insan dan kemasyarakatan sampai ke peringkat akar umbi, memastikan isu-isu perbandaran dapat disalurkan kepada kerajaan untuk ditangani dengan cepat dan rakyat dapat hidup dengan selesa.

“MPP merupakan antara agenda penting Kerajaan untuk menyatu padukan penduduk supaya bersatu dan saling bekerjasama menerusi aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.”
Majlis yang berlangsung pada 8 Mei 2014 (Khamis) di Putrajaya International Convention Centre turut dihadiri oleh Presiden Perbadanan Putrajaya Tan Sri Dr. Aseh
Che Mat.

Dilaporkan, keseluruhan MPP Wilayah Persekutuan terdiri daripada 68 Sub Zon iaitu dengan pecahan 11 Sub Zon di WP Putrajaya dan 57 Sub Zon di WP KL. Daripada semua sub zon tersebut 165 orang adalah mewakili MPPWP Putrajaya dan 855 orang mewakili MPPWP KL. Jumlah keseluruhan ahli MPPWP adalah seramai 1020 orang.
101

102

103

104

105