Berita

Sayangi UMNO, Perkukuh Perjuangan Untuk Masa Hadapan

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengingatkan ahli-ahli UMNO di akar umbi untuk menghayati perjuangan UMNO dan memastikan parti tersebut kekal kukuh demi kesinambungan masa hadapan agama, bangsa dan negara.

Katanya, pemimpin datang dan pergi tetapi perjuangan UMNO perlu terus bersemarak biarpun usianya telah mencapai 68 tahun.

“Banyak insiden yang boleh kita jadikan sebagai tauladan dalam kehidupan, dalam UMNO sendiri kita perlu lebih sayangkan parti daripada kepentingan peribadi dan sanggup lakukan apa-apa sahaja bagi memastikan matlamat utama UMNO tercapai iaitu cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat agama, bangsa dan tanah air,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perasmian Persidangan UMNO Cawangan Bunga Ixora yang berlangsung di Kelab Tasik Putrajaya pada 14 Mei 2014.

Dalam kesempatan tersebut, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada ketua cawangan Puan Zarina yang sentiasa gigih dan bekerja keras memastikan setiap aktiviti dan perancangan UMNO cawangan terbabit lancar.

Sebelum itu, cawangan tersebut turut meraikan sambutan Hari UMNO ke 68 bersama ahli-ahli cawangan terbabit yang turut disertai oleh isteri Ahli Parlimen tempatan, Datin Seri Anggeriani Sentiyaki.

1234

3456

1544308_668888569814095_5970517090279480244_n

IMG-20140515-WA0005

IMG-20140515-WA0007

IMG-20140515-WA0008

IMG-20140515-WA0009