Berita

Biro Kebajikan Putrajaya Prihatin Nasib Pesakit Kanser

PUTRAJAYA – Biro Kebajikan Putrajaya yang dinaungi oleh isteri Menteri Wilayah Persekutuan, Datin Seri Anggeriani Sentiyaki telah berkunjung ke Hospital Kanser di sini bagi bersama-sama berkongsi keperitan dan menunjukkan keprihatinan terhadap nasib pesakit yang dirawat di hospital terbabit pada 17 Mei 2014 (Sabtu).

Dalam kunjungan tersebut beliau yang turut disertai oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO tempatan, Ahmad Faizal Abdul Karim dan anggota biro berkaitan telah menyampaikan sumbangan serta turut melahirkan rasa dukacita atas kesakitan yang dialami. Beliau turut mendoakan agar para pesakit akan segera sembuh dan dipermudahkan segala urusan.

IMG-20140517-WA0013

IMG-20140517-WA0014

IMG-20140517-WA0015